Pages

Monday, November 22, 2010

KAPASITOR

 
Kapasitor ialah satu komponen penting dalam litar elektronik dan bertugas untuk menyimpan cas dan menyahcas elektrik. Kapasitor terdiri daripada dua plat pengalir yang berhadapan antara satu sama lain serta dipisahkan oleh bahan penebat yang dinamakan “dielektrik”. Dielektrik yang biasa digunakan ialah udara, kertas, mika dan sebagainya.

Kemampuan kapacitor menyimpan cas dikenali sebagai capacitance (C). Unit capacitance ialah Farad (F). Satu Farad menyimpan satu coulomb cas dengan bekalan voltan satu volt. Amaun cas Q yang tersimpan berkadar terus kepada voltan bekalan. Capacitance yang lebih besar boleh menyimpan cas yang lebih.

Jenis-jenis Kapasitor

Cas, Capacitance dan Voltan
Q = CV
di mana ;    Q = cas tersimpan dalam coulomb
                  C = capacitance (Farad)
                  V = beza keupayaan merentasi capacitor dalam volt.

 
Tenaga
Tenaga yang tersimpan dalam capacitor dapat dikira dengan :-
W = 1/2CV2
di mana ;    W = tenaga diukur dalam unit Joules
                  C = capacitance (Farad)
                  V = beza keupayaan merentasi capacitor dalam volt.
                              

PERINTANG



Perintang ialah komponen yang menghadkan pengaliran arus dalam litar. Ia juga menghasilkan susutan voltan dan melesapkan tenaga elektrik. Dua kesan yang terjadi apabila arus melalui perintang ialah :

     i  )  Haba dihasilkan
     ii )  Voltan susut merentasinya


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan Sesuatu Pengalir Ialah :-

a.     Panjang di antara dua titik – lebih panjang lebih berintangan
b.    Tebal atau luas permukaan – lebih tebal berintangan rendah
c.     Bahan pengalir tersebut dibuat
d.    Suhu – rintangan tinggi apabila suhu tinggi.


TRANSFORMER

Transformer ialah satu komponen yang bertugas untuk menyalurkan voltan dan arus secara elektromagnetik dari satu litar ke satu litar yang lain. Ia digunakan untuk menaikkan atau merendahkan voltan bekalan AC mengikut berkurangan atau bertambahnya arus. 

Pada dasarnya transformer dibahagikan kepada 3 jenis iaitu transformer kuasa, transformer audio dan transformer RF. Ketiga–tiga transformer tersebut mempunyai kegunaan masing–masing. Di antara kegunaannya ialah :

a.     Transformer Kuasa
Direka untuk menangani masalah pengeluaran kuasa. Ia digunakan di dalam sistem penjanakuasaan dan pengagihan kuasa sama ada untuk meninggi atau merendahkan voltan.

b.  Transformer Audio
Transformer audio digunakan di dalam penguat audio sama ada di radio atau di dalam peralatan peralatan lain yang menggunakan sistem suara.

c.  Transformer RF
Digunakan di dalam bahagian penghantaran dan penerimaan frekuensi radio.

Simbol Transformer




PENGENALAN KEPADA FUNCTION GENERATOR

Function generator merupakan salah satu peralatan penjana gelombang yang umum. Peralatan ini digunakan secara meluas bagi mendapatkan bentuk-bentuk gelombang yang diperlukan untuk kerja-kerja pengujian. Function generator berupaya membekalkan gelombang seperti gelombang segiempat (square waves), gelombang segitiga (triangle wave) dan juga gelombang sinus (sine waves).   

Gelombang segiempat di hasilkan oleh pengayun (osilattor), manakala gelombang segitiga pula terhasil daripada picuan gelombang segiempat yang melalui litar pengamir (intergrator circuit).  Gelombang sinus pula terhasil daripada gelombang segitiga yang melalui litar pembentuk gelombang  (waveshapping circuit / sine shaper). Bentuk gelombang yang di kehendaki di pilih, dikuatkan dan di keluarkan pada litar variable attenuator. Selaras dengan peningkatan teknologi, function generator kini telah menggantikan peralatan yang hanya boleh menjanakan gelombang sinus berikutan keupayaannya mengeluarkan bukan hanya gelombang sinus bahkan gelombang-gelombang yang lain.
     Rajah : Gelombang-gelombang function generator